Pelancaran Kempen Khilafah & Pendidikan: Menghidupkan Semula Abad Keemasan

Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Mempersembahkan:

KEMPEN DAN KONFERENS WANITA ANTARABANGSA
KHILAFAH & PENDIDIKAN:
MENGHIDUPKAN SEMULA ABAD KEEMASAN

Dunia Islam pernah menjadi pusat pendidikan untuk dunia. Kecemerlangan akademik institusi-institusi pendidikannya menarik minat ahli akademik dan pemikir terbaik dari seluruh dunia dan pada masa yang sama menyediakan pendidikan kelas pertama kepada beribu-ribu pelajar, lelaki dan wanita. Hal ini telah membawa kepada kelahiran ulama dan ilmuwan dalam jumlah yang besar serta menggalakkan kelahiran era inovasi dan penemuan agung, mewujudkan peradaban yang gemilang yang menjadi kuasa besar dunia. Sistem pendidikan perintis yang tiada tandingan ini dilahirkan oleh pemerintahan Islam, Negara Khilafah yang mulia, yang memberikan kedudukan yang sangat penting dan menyokong aktiviti-aktiviti menuntut ilmu dan menyebarkannya sebagaimana yang ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Negara ini juga yang memimpin dunia dalam pendidikan wanita. Walau bagaimanapun, seiring dengan kejatuhan Khilafah pada tahun 1924, semua ini berubah!

Hari ini, dunia Islam sedang mengalami 'Krisis Pendidikan' pada tahap yang amat ketara, di mana antara ciri-cirinya adalah kekurangan peruntukan di sekolah-sekolah, kolej, universiti, dan kemudahan pendidikan berkualiti yang lain, kes buta huruf yang tinggi, latihan dan gaji guru yang kecil; kaedah pengajaran yang tidak efektif; kekurangan akses awam kepada pendidikan yang komprehensif dalam Islam, terhimpitnya ilmu agama, dan peluang yang amat terhad dalam penyelidikan dan pengkhususan.

Semua ini telah memusnahkan cita-cita pendidikan generasi masa hadapan umat ini, menyebabkan terjadinya brain-drain yang ketara, dan menyumbang kepada kejumudan dalam kemajuan dan pembangunan di dunia Islam.

Krisis Pendidikan ini disebabkan oleh penerapan secara paksa oleh sistem-sistem pendidikan berasaskan penjajahan di negara-negara umat Islam sejak kejatuhan Khilafah. Pelbagai jenis sistem pendidikan ini tidak pernah bertujuan untuk memenuhi cita-cita pendidikan umat Islam, atau meningkatkan taraf pendidikan awam, atau mencapai kemajuan dan pembangunan di negeri-negeri Islam. Sebaliknya, sistem-sistem ini hanyalah wasilah yang digunakan oleh penjajah untuk menanamkan, menyebarluaskan, dan melestarikan budaya liberal sekular kepada generasi muda Islam - masa hadapan umat, dan menjauhkan mereka dari agama mereka untuk mengukuhkan tujuan-tujuan penjajahan di wilayah ini.

Tujuannya adalah untuk menjajah pemikiran para pemuda Islam dan menjadikan mereka menghambakan diri kepada budaya dan sistem Barat. Rejim demi rejim kepemimpinan sekular di dunia Islam yang disokong oleh Barat menerapkan sistem pendidikan penjajah ini secara terus-menerus dan memperkenalkan reformasi sekular lanjutan – satu agenda yang telah semakin dipergiatkan sejak beberapa tahun yang lalu di bawah topeng palsu mencegah ‘ekstremisme’.

Selain semua ini, tadbir urus yang lemah dan pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan selama beberapa dekad adalah disebabkan oleh sistem dan polisi kapitalis yang cacat, serta rejim-rejim yang tidak mempunyai visi yang jelas dan gagal untuk memberikan kedudukan penting kepada pendidikan, telah memburukkan lagi 'Krisis Pendidikan’ ini.

Oleh kerana itu, diperlukan ‘Revolusi Pendidikan’ di negara-negara umat Islam!
Kempen dan Konferens penting ini akan berusaha untuk:

• Mendedahkan dan menangkis agenda sengit hari ini yang semakin mahu mensekularkan pendidikan di dunia Islam!
• Membincangkan punca-punca berlakunya ‘Krisis Pendidikan’ di negara-negara umat Islam!
• Menyampaikan sebuah visi Dasar Pendidikan Khilafah dan bagaimana secara praktikal ia akan membina sistem pendidikan kelas pertama yang akan menghidupkan semula generasi emas yang berilmu dan mencipta peradaban gemilang sekali lagi!
• Memberi panduan tentang Pendidikan Islam bagi anak-anak Islam dalam keadaan ketiadaan Khilafah untuk membentuk pemuda Islam yang bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran terhadap agama mereka di abad ke-21!

Kami menjemput anda untuk mengikuti dan menyokong kempen penting ini!



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment